Khamis, 16 Ogos 2012

Teori Pemerolehan Bahasa

Pengenalan.
Keupayaan individu berbahasa dengan berkesan dapat melahirkan alat berkomumikasi yang berkesan sebagai pengantara antara sesama manusia seiring dengan kemajuan tamaddun.
Perhubungan sesama rnanusia dilestarikan oleh kata-kata indah semasa berkomunikasi. Konsep, idea, emosi, dan pendapat diluahkan melalui medium bahasa yang difahami semua pihak yang berkomunikasi sama ada secara formal mahupun secara tidak formal.
Guru mempunyai pranan besar bagi menjadikan komunikasi bahasa kekal sebagai bahasa perantara dan tidak lenyap sebagai bahasa yang dituturkan.
Kegagalan fungsi Organ pendengaran,alat artikulasi dan tidak mengenal symbol tulisan merupakan cabaran guru terhadap anak didiknya.Mengenal pasti punca dan mengenal pasti jalan penyelesaiannya adalah langkah terbaik.

Pengertian Bahasa
Definisi Bahasa
Terdapat berbagai-bagai definisi bahasa telah diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Antaranya adalah seperti berikut:
"Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan simbol khusus untuk mewakili sesuatu." (Reed, C.A.. I994)
"Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) yang dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung."(Simanjuntak, 1978)
"Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikas(Bloom- 1988)
Teori Behaviorisme
B.F Skinner
Teori Behaviorisme menekankan kepentingan, persekitaran dalam pembelajaran bahasa berlandaskan Teori Pelaziman Operan. Teori ini dipelopori oleh B. F. Skinner (1938). Menurutnya, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar-kanak bercakap dan memberi galakan dengan member ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Antara ganjaran yang biasa diberikan adalah pujian seperti "pandai”senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang merangsang kanak-kanak untuk bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaa mpelajari bahasa.

Teori Mentalis
Noam Chomsky
Teori iti dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat pemerolehan bahasa itu kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.
Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device).
Bagi menguatkan teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua.kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitan dengan kecerdasan (anak yang IQnya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama);
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh sernua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalarn mempelajari Bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i. wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
Kesimpulannya, walaupun proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak dikatakan sama, namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor penyumbang kepada keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya. Namun cara pendekatan pengajaran bahasa ,mernbolehkan kecerdasan berbahasa antara individu itu berbeza.
Teori Kognitif
Jean Piaget
Teori Kognitif berlandaskarn pandatngan Piaget seorang ahli psikologi berhangsa Swiss.Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya.Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kana-kanak
Itu merupakan rnanifestasi            penting          daripada perkembangan mentalnya. Untuk nmemperoleh penguasaan Bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalu beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam Iingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalarn belbagai bentuk simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun. kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit.Pada peringkat tahap penguasaan kanak-kanak semangkin berkembang.

            Umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap,membentuk ayat dan mula memahami percakapan orang lain.Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun) ia: menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan peringkat operasi formal.

Teori Pelaziman Operan Thorndike
·         E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep "pelaziman operan." Beliau menjalankan kajiannya atas haiwan seperti kucing, ayarn, anjing dan monyet.
·         Melalui kajiannya atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.
·         Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran "cuba jaya."
·         Melalui pembelajaran Cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan berbagai reaksi, dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.
·         Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.
·         Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba Jaya dan pengulangan.
·         Melalui eksperimen ini Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan respons (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran.


Hukum-hukum pembelajaran:
Menurut Thorndike, hukum pembelajaran dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
(a) Hukum Kesediaan
(b) Hukum Latihan
(c) Hukum Kesan

Hukum Kesediaan
·         Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.
·         Sekiranya dia tidak melakukannya, timbul/ wujud perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan keputusan yang tidak sempurna.
·         Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak. iaitu belajar.
·         Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek utama, iaitu kesediaan psikomotor yang melibatkan pergerakan fizikal badan,bertindakbalas apabila menerima isyarat dan menterjemahkannya ke dalam perlakuan, dan aktif dalam memberi tindak balas kompleks. Kesediaan afektif pula merupakan tahap kemampuan individu menerima cabaran contohnya kesediaan badan belajar, kemampuan memberi tindak balas positif, kebolehan menilai dan memaknakan, boleh bersosial dan menyedari. Nilai murni.
·         Kesediaan kognitif pula, merupakan kebolehan / kemampuan memahami, kemampuan menerap, kemampuan menganalisis kemampuan membuat sintesis serta mampu membuat evaluasi

Hukum Latihan
·         Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasal kemahiran jika latihan diadakan
·         Contohnva, jika pelajar selalu mengulang kaji rumus Matematik akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah.
·         HIukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku diteguhkan melalui- aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan

Hukum Kesan
·         Hukum kesan menyatakan hahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang rnenyeronokkan, kebaragkalian tindakan itu berlaku akan meningkat cdan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertmbah kukuh. jika terdapat kesan vang menyeronokkan.
·         Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G
Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebt dapat kejutan elektrik apabila keluar dan sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan kucing tidak mempunyai motivasi untuk keluar.

Rumusan Hukum Pembelajaran Thorndike
·         Jka tingkah laku diikuti dengan kepuasan, bentuk tingkah laku itu akan diulang, tetapi jika tingkah laku diikuti dengan kesakitan tingkah laku itu akan lenyap.
·         Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukakan oleh Thorndik guru boleh menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah.
·         Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah
Ø  Mengadakan berbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
Ø  Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
Ø  Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Ø  Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.
Ø  Guru memulakan pengajaran setelah be!iau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

Implikasi Teori Thorndike dalam pembelajaran dan pengajaran
I.          Untuk rneningkatkan tahap kesediaan belajar murid-murid. Guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.
2.         Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti latihan, ulang kaji, aplikasi serta pengukuhan keadaan yang menyeronokkan.
3.         Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerakbalas betul daripada pelajar.
4.         Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka

Antara tujuan pembelajaran dan pengajaran bacaan adalah :
1.    Murid-murid boleh mengenali dan membezakan huruf-huruf, menyebut nama dan membunyikan huruf.
2.    Murid-murid boleh membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul serta sesuai.
3.    Meiatih murid-murid membaca senyap dan memahami isi bahan yang dibaca itu serta dapat menyatakan semula kandungan yang dibaca dengan betuI.
4.    Menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara lisan mahupun bertulis.
5.    Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang berbagai perkara serta dapat digunakan sama ada dalam peperiksaan, penulisan mahupun semasa berkomunikasi dalam masyarakat.
6.    Menanam sikap membaca sebagai satu budaya masyarakat. Dengan cara ini dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan perkara yang berfaedah.

Faktor Mempengaruhi Pembelajaran Bacaan
1. Perkembangan persepsi
2. Perkembangan intelek
3.. Peringkat kedewasaan termasuklah faktor jantina
4. Latar belakang dan pengalaman kendiri
5. Kemahiran membeza melalui pendengaran dan penglihatan
6. Perkembangan bahasa
7. Perkembangan pancaindera
8. Taraf kesihatan
9. Sikap dan motivasi
10. Perkembangan sosial dan emosi
I l . Kaedah, teknik dan prosedur pengajaran

Objektif Aktiviti Prabacaan
1.    Membantu kanak-kana menguasai kemahiran melihat iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama  dan berbeza.
2.    Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar iaitu mengenal pasti bunyi yang sama dan berbeza.
3.    Membantu     kanak-kanak supaya dapat mencapai     kemahiran untuk menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.
4.    Memastikan kanakkanak  mengenal clara menyebut semua huruf kecil dan huruf besar serta dapat membezakannya.
5.    Menguasai kemahi:ran menghubungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata yang bermakna.
6.    Boleh menyebut suku kata tertutup dan terbuka.
7.    Dapat memahirkan mereka mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.
8.    Dapat menguasai kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang lama dan bentuk-bentuk yang berbeza.
9.    Memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan.

Faedah Aktiviti Prabacaan
1. Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik, menarik dan teratur.
2. Dapat mengukuhkan kemahiran yang telah mereka capai dan membantu mereka menjadi pembaca yang cekap dan berdikari.
3. Proses nemhacaan Iebib mudah diterima dan mampu menguasai pelajaran dengan lebih baik
4. Tertarik pada bahan bacaan dan mahir membaca pada usia muda.
5. Lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolahan dengan adanya kemahiran 6. Memupuk minat dan keinginan murid-nlurid untuk membaca.
7.Dapat membaca dengan cepat dan lancar apabila mereka meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya di sekolah.
Aktiviti Pengamatan dan Penglihatan
Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih murid-murid mengecam, membeza dan membandingkan gambar, benda-benda maujud dan sebagainya mengikut jenis, seumpamanya. Aktiviti ini-merupakan-asas penting untuk murid sebelum mereka diperkenalkan dengan huruf

Contoh Aktiviti 1
Tajuk                                      : Pergerakan mata dari kiri ke kana
Bahan bantu belajar           : benang bulu (satu meter sekumpu

Objektif
1.    Mengesan murid-murid yang mempunyai masalah
2.    Menyediakan murid-murid dengan latihan penglihatan
3.    MelatihPergerakan mata murid-murid untuk bersedia membaca dengan pergerakan mata yang betul.

Aktiviti
1.    L Murid-murid duduk membentuk separuh bulatan menghadap guru
2.    Murid-murid mengangkat tangan kanan serta melakukan gerakan dari kiri ke kanan. Semasa membuat pergerakan tangan,mata  murid hendaklah mengikut arah gerakan tangan tersebut
(Lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali secara kelas,kumpulan kecil  dan individu)
3.    Kemudian murid-murid memerhati garisan berwarna yang dibuat olel guru mengikut arah dari kiri ke kanan di papan tulis.
4.    Murid-murid melakukan aktiviti membuat garisan di udara mengiku pergerakan guru berulang kali.
5.    Aktiviti ini juga boleh dibuat secara berpasangan. Murid  A akan menggerakkan jarinya dari kiri ke kanan dan murid B mengiku pergerakan yang dibuat dengan pergerakan mata. Mereka, bertukar-tukar peranan.
6.    Murid-murid diberikan keratan benang bulu satu meter sekumpulan. Benang itu ditegangkandi atas meja dan ahli kumpulan membuai penglihatan dari kiri ke kanan.
7.    Murid-murid dibimbing menggunakan pergerakan mata dengan melihat alatan . yang terdapat di dalam kelas. Antaranya, guru meminta murid-murid menggerakkan mata untuk melihat dari penjuru atas sebelah kiri papan tulis ke penjuru atas sebelah kanan papan tulis, Melihat dari sisi kiri meja ke sisi kanan meja. Dan melihat dari kiri ke kanan pagar/ tembuk/ tiang lampu di kawasan luar kelas.

Contoh Aktiviti 2
Tajuk  : Menghimpun gambar mengikut jenis dan kumpulan
Bahan bantu belajar : gambar kenderaan, gambar alatan dapur dan gambar barang permainan kanak-kanak
Objektif :
1. Mengecam objek rnengikut jenis dan kumpulan
2. Membezakan gambar mengikut kumpulan tertentu
3. Menghimpun dan mengasingkan gambar mengikut kumpulan yang betul

Aktiviti :
1. Murid-murid duduk dalam kumpulan kecil (tiga atau empat orang sekumpulan)_
2. Setiap kumpulan murid-murid menerima berbagai jenis gambar. Contohnya dalam setiap kumpulan, murid-murid rnendapat gambar kenderaan,gambar alatan di dapur dan gambar barangan permainan.
3. Setiap kumpulan akan mengasing dan menghimpunkan gambar-gambar itu ke dalam kurnpulan yang betul. Murid-murid menampal gambar-gambar tersebut pada kertas yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing.
4. Wakil kurmpulan akan menuniukkan hasil kerja, gambar-gambar yang telah dihimpunkan rnengikut jenisnya kepada kelas.


Catat Ulasan