Isnin, 11 Mac 2013

TEORI PSIKOLINGUISTIK




TEORI PSIKOLINGUISTIK
Apakah itu teori psikolingistik? Bagi sesetengah pelajar perkataan teori agak menakutkan. Namun begitu, teori hanyalah bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Oleh yang demikian kita dapat memahami bahawa teori psikolinguistik adalah sesuatu pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang psikolinguistik. Justeru, teori psikolinguistik dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu mengenai hakikat kognitif manusia.

Pemikiran Edward Sapir dalam Bidang Linguistik
Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana manmggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.
Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik
Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.
Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya ransangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.
Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik
Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’  telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalaam bidang bahasa secara moden.
Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.           
Pemikiran Noam Chomsky Dalam Bidang Linguistik
Noam Chomsky Tokoh  yang  mempelopori teori psikolinguistik ialah Noam Avram Chomsky pada tahun 1957. Tokoh ini telah membawa  revolusi dalam bidang linguistik, khususnya psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori kod kognitifnya.Menurutnya, setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang dialami sahaja.

Seterusnya, beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa itu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Semua komponen bahasa berkembang secara kreatif, mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas. Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu. Chomsky berpendapat bahawa bahasa yang dipelajari melalui satu set rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu itu. Di sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti berikut:
i.   Kompetens
ii. Prestasi
 
Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetens dan prestasi. Kompetens dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens ialah pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbaze dengan kompetens ia terletak di bahagian luar otak.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah kanak-kanak memperoleh kompetens, dia akan mempunyai prestasi.
 
Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.
 
Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera. 

Sehubungan itu, Chomksy telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanakkanak dapat memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan.
Setiap tata bahasa dari suatu bahasa, menurut Chomsky adalah merupakan teori dari bahasa itu sendiri; dan tata bahasa itu harus memenuhi dua syarat, yaitu:
1)     Kalimat yang dihasilkan oleh tata bahasa itu harus dapat diterima oleh pemakai bahasa tersebut, sebagai kalimat yang wajar dan tidak dibuat-buat.
2)     Tata bahasa tersebut harus berbentuk sedemikian rupa, sehingga satuan atau istilah yang digunakan tidak berdasarkan pada gejala bahasa tertentu saja, dan semuanya ini harus sejajar dengan teori linguistik tertentu.

KONSEP-KONSEP LINGUISTIK
1.1 Linguistik  Am dan Linguistik Gunaan
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam buku ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.Perkara  yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.Linguistik gunaan dikenali juga sebagai  apllied linguistic atau linguistik aplikasi mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa. Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.“Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.

1.3 Linguistik Kontekstual 
Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
            Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

FONETIK DAN FONOLOGI
            Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza daripada individu dengan individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan cubamencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitarannya. Mereka  sering mempersoalkan tentang perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak contohnya, seorang bapa akan mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-individu itu adalah kembar seiras.
Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti “ma…ma” atau “pa…pa”. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, ternyata kakak-kanak ni telah mengalami perkembangan dari segi bahasa dan pertuturan.

DEFINISI FONOLOGI 
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.  Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi  boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan.  Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan.  Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.  Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

  “  The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “.   Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

       Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat.  Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

DEFINISI FONETIK
         Fonetik  adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

        Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik  adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

        Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

MORFOLOGI
            Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan, perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan penggandaan (rumah-rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.

Bentuk Kata
            Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

Kata Tunggal
            Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih. Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata.
            Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata Terbitan
            Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu:
i.              awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan di- dalam dibawa;
ii.            akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya –kan dalam jadikan dan –i dalam ragui;
iii.           apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan
iv.           sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya –el- dalam geletar dan –in- dalam sinambung.
Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan berbagai yang terdapat dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Kata Majmuk
            Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1.    Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar;
2.    Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita suara, dan segi empat panjang;
3.    Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam.
Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa, tanggungjawab, olahraga, setiausaha, bumiputera, tandatangan, kerjasama, pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.

Kata Ganda
            Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan kata ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang berikut:
1.    kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah atau terbina daripada kata berimbuhan yang berulang misalnya, pelari-pelari, jabatan-jabatan, dan kementerian-kementerian;
2.    kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini  terbina daripada kata dasar tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan vokal [a] menjadi vokal e pepet [ə] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar (berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (beri-memberi, puji-memuji, dan tolong-menolong);
3.    kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda berentak pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanah-tanih). Ketiga, kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).

Sintaksis
            Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.

Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Pola
Subjek
Predikat
Pola 1
Frasa Nama
Lelaki itu
Frasa Nama
pelajar universiti..
Pola  2
Frasa Nama
Kereta di hadapan rumah itu
Frasa Kerja
telah dicuci
Pola 3
Frasa Nama
Plaza Tol Sungai Besi
Frasa Adjektif
amat sibuk
Pola 4
Frasa Nama
Buah jambu itu
Frasa Sendi
di dalam bakul


Susunan Ayat
Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada susunan biasa atau susunan songsang.

Susunan Biasa
Susunan yang subjek ayat mendahului predikatnya. Contohnya:
            i.          Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya.
            ii.         Pengajaran guru baharu menarik.
            iii.        Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

Susunan songsang
Susunan ayat yang predikatnya dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya:
            i.          Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu.
            ii.         Menarik pengajaran guru baharu.
            iii.        Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

Ragam ayat
            Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Contohnya:
            i.          Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif)
            ii.         Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)
Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Contohnya:
1.    Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif)
2.    Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama)


JENIS AYAT
            Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

1.Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contohnya:
            i.          Bapa mentuanya pegawai tentera.
            ii.         Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur.
            iii.        Bentuk kereta itu sungguh menarik.
            iv.        Kini dia menjadi usahawan besar.
           
2.Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya:
Dia telah pergi mengajar?
Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti:
Kakaknya seorang pensyarahkah?

3.Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu:
            i.          Ayat Suruhan
                        Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga.
            ii.         Ayat Larangan
                        Contoh: Jangan bertindak melulu.
            iii.        Ayat Silaan
                        Contoh: Jemput makan nasi dagang ini.
            iv.        Ayat Permintaan
                        Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

4.Ayat Seruan
Ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan intonasi,takut, marah, sakit, dan sebagainya, diikuti tanda seru (!) pada akhir ayat. Kata seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas.
Contohnya:   i.          Oh, ibuku!
                        ii.         Wah, cantiknya bunga itu!
                        iii.        Syabas, anda telah lulus ujian ini!
            Sintaksis juga menyentuh bentuk ayat tunggal (satu subjek satu predikat) dan ayat majmuk.

SEMANTIK
Bahasa Yunani ‘sema’ , bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna, perkaitan makna, dan peribahasa.

PENGERTIAN MAKNA
Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang diertikan dan yang mengertikan.
-Diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang .
 -Mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa     yang berkenaan.
Setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat ekstrabahasa.
            Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah . Tanda ini terdiri daripada unsur makna atau yang diertikan ‘meja’ dan unsur bunyi atau yang mengertikan melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda ini pula merujuk suatu referen yang berada di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal yang ditandai.

Hubungan antara Konsep dengan Makna
Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu. Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:

(b) konsep/makna [referen]
 


                                    -------------------------------------------------------------------
                        (a) perkataan/leksem                                  (c) sesuatu yang dirujuk [referen]

Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna, sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.
            Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep ‘meja’ pada umumnya manakala dalam dunia nyata, ‘meja’ yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan ‘meja’ tertentu di dunia nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan sebuah ‘meja’ di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.

Jenis-jenis Makna
Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.
            Leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya. Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat  (ii) menunjukkan makna gramatikal bagi kata buaya.
            i.          Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)
ii.         Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna gramatikal)
            Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza. Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.

Perubahan Makna
Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tiada ikatan pernikahan.
            Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas, perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta pengasaran.
            Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu. Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun, maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua, khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas. Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).

Pragmatik
Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993, hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin (1962), Searle (1969), dan Grice (1975).
            Secara amalan, masalah perbezaan ‘bahasa’ (language) daripada ‘penggunaan bahasa’ (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, “Apakah maksud X?” manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau pendengar misalnya dalam ayat, “Apakah yang anda maksudkan dengan X?”. Semantik (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik) yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.
            Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.
i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu
            a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan
            b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.
ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu
            a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan
            b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.
iii. Pertalian: Harus relevan.
iv. Cara: Harus jelas, iaitu
            a. hindarkan ungkapan yang samar;
            b. hindarkan ketaksaan;
            c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan
            d. harus tertib.

Analisis Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada  sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi. terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi.Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.

STILISTIK
Stilistik ialah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan penggunaan bahasa. Stilistik ialah gabungan disiplin linguistik untuk mengkaji dan meneliti karya-karya sastera. Ilmu tersebut diperluas dalam bidang kesusasteraan sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercetuslah ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Mengikut Kamus Linguistik Edisi ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang membuat penyelidikan tentang bahasa yang digunakan dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat interdisiplin antara lingustik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa. 

Stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi kesusasteraan. Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan  (Nik Hassan Basri: 378).
Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat diangap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik.Stilistik boleh dibahagi kepada dua perkara.

Pertama, ialah kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Peribahasa, sindiran dan gaya retorik juga termasuk dalam kelainan bahasa.

Kedua, ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Pengkajian bahasa stilistik secara umumnya boleh dibahagi kepada lima bahagian.
1.    Gaya bahasa perbandingan seperti mejan, metafora,personifikasi,pleonasme dan simile.
2.    Gaya bahasa pertautan Contohnya ialah sinekdok, eufemisme,epitet,antonomasia,eponim, metonimia dan alusi.
3.     Gaya bahasa penyirnaan. Contohnya ialah sinkof,afesis,akronim,apokop, elipsis dan aferisis.
4.    Gaya bahasa pengulangan atau repetisi. Antaranya ialah asonansi.aliterasi,anafora dan epifora.
5.    Gaya bahasa pertentangan iaitu hiperbola inversi dan paradoks.

PRINSIP STILISTIK
1.    menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat penulis.
2.    membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.
3.    memperlihatkan gaya kepribadian seorang penulis.Perbezaan ini disebabkan faktor pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis.
4.    huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Berbagai jenis dan digunakan.  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
5.    stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.  Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkayakan perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
6.    menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.  Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik  ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
7.    menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Kesan penggunaan sesuatu bahasa dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan .Bahasa yang digunakan menggambarkan idealisme pengarang.



STILISTIK DAN RAGAM PENULISAN.
Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di persekitarannya.Selalunya karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh beliau sendiri.
            Penggunaan bahasa karyanya dipengaruhi oleh dialek daerah yang dikuasainya. Stail beliau menulis menggambarkan peribadinya sebagai seorang individu yang kreatifdan guru agama yang berpengetahuan tinggi.Penerapan dan jalur gagasan yang sering diperinci dan diutarakannya menampakkan taraf pengetahuan dan latarbelakang pendidikan agama yang dimilikinya.Beliau dapat meneliti dan memerhati setiap gerakbalas yang berlaku di depan mata dan di sebalik pandangan mata kasar dengan penggunaan perbendaharaan katanya yang banyak dan pelbagai.

Usman Awang sebagai penulis yang dapat menarik masyarakat agar menghargai jasa-jasa seorang guru melalui sajaknya yang sungguh puitis dan gramatis. Penulis-penulis novel cinta yang terkini juga dapat menarik minat masyarakat pembaca merenung diri dan masyarakat agar dapat berubah dan mencontohi watak-watak baik novel mereka.
Sungguhpun tiada kayu pengukur yang spesifik yang menunjukkan stilistik dapat mengubah masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan tingkahlaku, namun telah terbukti penulis-penulis yang dikhuatiri dapat dan telah mempengaruh kotak fikiran masyarakat telah ditahan oleh penjajah di penjara atau diganggu kehidupan harian mereka

SINOPSIS Novel Semalam Yang Ku Tinggalkan
Dia memandangku sambil menghela nafas panjang. Dengan perlahan dia bangun dan duduk di sebelahku. Dia mengangkat wajahku supaya mata kami kembali bertatapan. Dan saat bibirnya menyentuh dahiku, kedua kelopak mataku dan akhirnya bibirku, tiada kata yang mampu aku ucapkan bagi menggambarkan perasaan itu. Aku cinta dia.... aku cinta dia.... hatiku menjerit.





KERANDA 152
Anak Melayu
panas dadamu membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
namamu telah diseru
jawablah
sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)











BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1994. Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Fajar Bakti. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
PTS Profesional. Kuala Lumpur.

Abdul Rahman Ab. Rashid & Wan Som Mamat. (1995). Bahasa Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi. Longman.

Arbak Othman. 1986. Permulaan Ilmu Linguistik : Satu Pengenalan Konsep dan Bidang Kajian Secara teoritis. Sarjana (M) Sdn. Bhd. Ipoh.

Kamaruddin Hussin. (1994). Pedagogi Bahasa. Longman.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2009. Teori Bahasa : Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Radiah Yusoff & Nor ‘Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan.  Prentice Hall Sdn. Bhd. selangor.

Umar Junus. 1990. Stilistik Satu Pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Empat . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Raja Mokhtaruddin bin Raja Mohd. Daim(1982). Ilmu Fonetik dan  Linguistik. Petaling Jaya. Agensi  Penerbitan Nusantara.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2004). Teks Komprehensif Bahasa Melayu . Shah Alam. Cerdik Publication.